Input your search keywords and press Enter.

Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam

M Update, 12/5/2020 – Kerajaan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan gred 56 ke bawah dan pesara kerajaan pada 20 Mei ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata pegawai perkhidmatan awam akan menerima sebanyak RM500 dan pesara kerajaan sebanyak RM250.

Katanya, bantuan khas Aidilfitri ini juga akan dipanjangkan kepada guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai yang tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.

“Pegawai yang tidak layak menerima bantuan adalah pegawai dalam pengurusan tertinggi dan setaraf, pegawai yang dijatuh hukuman tatatertib, pegawai yang ditamatkan perkhidmatan dan pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari hingga 20 Mei.

“Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan turut ditangguhkan bantuan dan hanya layak diberi sekiranya pegawai terbabit tidak bersalah.

“Dalam pada itu, pekerja sambilan harian juga akan menerima bantuan RM500 dengan syarat tempoh kontraknya berkuatkuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pesara kerajaan yang memilih skim pencen dan penerima pencen terbitan akan dibayar RM250 manakala pesara yang dilantik semula secara kontrak akan menerima RM500.

“Bagi pegawai perkhidmatan awam yang meninggal dunia pada 20 Mei juga layak menerima RM500 yang akan dibayar oleh jabatan terakhir dia berkhidmat,” katanya. – BH Online

Leave a Reply