Input your search keywords and press Enter.

Mukim Ampang Kini Zon Hijau

M Update, 12/5/2020 – Mukim Ampang di daerah Hulu Langat kini berada dalam zon hijau selepas tiada lagi kes positif baharu COVID-19 direkodkan di kawasan itu, semalam.

Ampang sebelum ini merekodkan 80 kes dan sehingga kelmarin, ia merekodkan dua kes aktif manakala di peringkat daerah, Hulu Langat masih berada di zon kuning dengan 31 kes aktif.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) di laman web menteri besar, amirudinshari.com, tiada perubahan ketara untuk taburan data kes aktif bagi seluruh daerah dan mukim Selangor.

“Perubahan hanya dicatatkan untuk Mukim Ampang yang sudah bersih dari kes aktif menjadikan statusnya bertambah baik ke zon hijau manakala Mukim Ampang Pecah (daerah Hulu Selangor) merekodkan satu kes aktif baru yang menjadikannya berubah status daripada zon hijau kepada kuning.

“Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) masih berlanjutan sehingga dimaklumkan sebaliknya. Maka warga Selangor masih tertakluk kepada peraturan yang sudah ditetapkan.

“Jangan leka untuk menjaga penjarakkan sosial dan kebersihan, pakai pelitup muka dan juga gunakan aplikasi SELangkah apabila memasuki premis,” katanya.

Sementara itu, Mukim Batu (Gombak) adalah satu-satunya mukim zon merah yang merekodkan 129 kes dengan 49 daripadanya aktif.

Bagi daerah pula, Kuala Langat masih memegang status zon hijau selepas tiada lagi kes aktif dikesan sejak Khamis lalu.

Dua daerah yang masih dikategorikan sebagai zon merah ialah Petaling dengan 59 kes aktifdan Gombak (55).

Lima daerah lain masih berada dalam zon kuning iaitu Hulu Langat (31), Klang (15), Kuala Selangor (13), Hulu Selangor (11), Sepang (1) dan Sabak Bernam (1) Dua daerah yang masih dikategorikan sebagai zon merah ialah Petaling (59) dan Gombak (55).

Semalam, jumlah kes baharu positif COVID-19 di negeri ini menurun apabila merekodkan hanya tiga kes berbanding lapan pada Ahad.

Pertambahan itu menjadikan kes terkumpul di Selangor sebanyak 1,607 membabitkan 186 aktif.

Sebanyak 1,359 kes sembuh direkodkan manakala kematian kekal pada angka 20. – BH Online

Leave a Reply