Input your search keywords and press Enter.

Mesyuarat, Seminar, Kursus Dibenarkan – Ismail Sabri

M Update, 17/6/2020 – Penganjuran mesyuarat, seminar, bengkel, kursus, latihan dan persidangan oleh pihak kerajaan dan swasta dibenarkan dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tertakluk kepada pelbagai prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah maksimum bagi tujuan itu terhad kepada 250 orang.

“Bagaimanapun, ia tetap mengikut kapasiti ruang penganjuran dan mesti ada penjarakan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas menteri mengenai pematuhan PKPP di Putrajaya, hari ini.

Leave a Reply