M Update, 1/9/2020 – Kerajaan menyekat kemasukan pemegang pas jangka panjang membabitkan warga asing dari Indonesia, India dan Filipina.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu berikutan kenaikan kes COVID-19 secara mendadak di negara terbabit.
Katanya sekatan kemasukan warga asing dari tiga negara itu akan berkuat kuasa pada Isnin ini.
“Sekatan ini merangkumi enam kategori antaranya warga asing yang memegang status Penduduk Tetap, pelajar warga asing yang belajar di Malaysia, pemegang pas residen, ekspatriat dan pas lawatan profesional (PVP).
“Buat masa ini, kita hanya memutuskan tiga negara itu sahaja. Sekiranya terdapat peningkatan kes di negara lain, hal yang sama akan kita laksanakan kepada mereka,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini. – BH Online