M Update, 30/9/2020 – Semua pelanggan dan pengunjung dua premis makanan iaitu Restoran Sri Utara dan Anjung Ketam, di sini pada 18 dan 19 Sept lepas diarah menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Membedai atau Labuan dengan segera.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata ia susulan ada individu yang mengunjungi dua restoran itu yang masing-masing terletak di pusat bandar dan Tanjung Aru, disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan baru-baru ini.
“Masa (kunjungan) yang dikenal pasti adalah antara pukul 12 tengah hari hingga 2.00 petang di Restoran Sri Utara dan antara pukul 7.30 malam hingga 9.00 malam di Anjung Ketam.
Tambahan, sebagai pencerahan bagi kedua-dua restoran berkenaan telah mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Sekiranya mahu mengunjungi ke kedua-dua restoran tersebut pengunjung tak perlu risau.