M Update, 14/10/2020 – Semua taman awam di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditutup kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini hingga 27 Oktober ini.
Semua taman awam di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditutup kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini hingga 27 Okt.
DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan taman-taman awam itu ialah Taman Botani Perdana, Taman Awam Bukit Kiara, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Manjalara, Taman Metropolitan Kepong, Taman Metropolitan Batu, Taman Tasik Datuk Keramat dan Taman Tasik Permaisuri.
Turut ditutup kepada awam ialah Taman Bukit Jalil, Taman Rekreasi Pudu Ulu, Taman Tasik Ampang Hilir, Taman Alam Damai, Taman Dusun Bandar, Taman Tasik Danau Kota, Taman Tasik Sri Rampai, Taman Kejiranan Ayer Panas dan Taman Rimba Bukit Kerinchi.
Dalam tempoh itu, semua tandas awam di dalam taman seliaan DBKL juga ditutup kepada awam manakala tandas awam di kawasan bandar masih beroperasi seperti biasa,” menurut kenyataan itu.
Pada masa sama, semua kemudahan sukan di bawah seliaan DBKL juga ditutup sepanjang tempoh PKPB.