M Update, 15/10/2020 – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menutup Santuari Kelah Tasik Kenyir bermula Jumaat ini hingga akhir Februari depan.
Penutupan awal santuari kelah itu dilakukan bagi membantu kerajaan mengekang penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat. Selain itu, penurunan yang drastik paras air sehingga 136.93 meter di Tasik Kenyir menyebabkan kesukaran laluan untuk ke santuari terbabit.
Faktor cuaca seperti diramalkan Jabatan Meteorologi dijangka pra-monsun melanda Pantai Timur yang dijangka bermula hari ini menyebabkan KETENGAH memutuskan untuk menutup santuari kelah daripada dikunjungi. Bagaimanapun, lokasi perkelahan lain di Tasik Kenyir termasuk Pulau Herba tidak terbabit dengan penutupan itu.