Input your search keywords and press Enter.

3 pelajar Cari Akses Internet Jatuh Jambatan

M Update, 27/11/2020 – Tiga pelajar yang sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian, terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi, Isnin lalu. Kejadian dipercayai kira-kira jam 9 malam membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut, di sini.

Terdahulu, tular di Facebook mengenai pelajar SMK Ulu Sugut terjatuh ke dalam sungai selepas jambatan gantung dilalui mereka, runtuh secara tiba-tiba. Difahamkan, kawasan sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet. Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet.

Ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan, seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu. Mereka cuba mengakses internet di bahagian tertentu di jambatan gantung berkenaan. – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam

Beliau juga akan segera ke kampung berkenaan untuk menilai keadaan dan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membaiki jambatan terbabit dan berharap penduduk kampung berkaitan dapat bersabar kerana kita berusaha menyelesaikan masalah ini.