Input your search keywords and press Enter.

LRA Rantau Panjang & Sungai Selangor Kembali Beroperasi

M Update, 8/12/2020 – Air Selangor hari ini memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang telah beroperasi semula pada 3.30 pagi tadi manakala LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 pula beroperasi pada 5 pagi.

Menurut kenyataan Air Selangor, pengoperasian semula LRA Rantau Panjang dan Sungai Selangor itu selepas bacaan pencemaran bau merekodkan ujian kualiti 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut.

Terdahulu, Air Selangor memaklumkan henti tugas LRA Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 itu berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Henti tugas itu menyebabkan gangguan bekalan tidak berjadual di 1,274 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat, semalam.

Pengguna disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.