Input your search keywords and press Enter.

Lorong Kecemasan, Lorong Kiri Tapah Ke Bidor Ditutup – PLUS

M Update, 21/01/2021 – Lorong kecemasan dan lorong kiri di antara Tapah ke Bidor di KM329.64 hingga KM331.79 arah selatan) di Lebuhraya Utara Selatan, akan ditutup kepada semua kenderaan selama lima hari mulai 9 pagi esok.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan sehingga 26 Jan pukul 12.30 tengah hari itu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan, dilaksanakan dengan lancar. 

“Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan,” kata kenyataan itu.

Justeru, PLUS menasihatkan pengguna yang menghala ke selatan agar merancang perjalanan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan selain mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan ‘butang SOS’ pada aplikasi tersebut.

Pengguna juga dinasihatkan mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.