M Update, 24/02/2021 – Tan Sri Muhyiddin Yasin meminta semua rakyat tampil dan mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bermula hari ini.
Dalam ucapan ringkas selepas menjadi rakyat Malaysia pertama menerima vaksin itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa vaksin ini selamat dan tidak mendatangkan sebarang implikasi yang teruk terhadap tubuh badan.
“Saya yakin vaksin ini cukup selamat dan berkesan. Kalau tengok keadaan saya, Alhamdulillah… jadi saya nak merayu pada seluruh rakyat dan mereka yang tinggal di Malaysia untuk tampil dan mendaftar didalam MySejahtera supaya dapat ditentukan giliran bila mana saudara dan saudari dapat vaksin COVID-19.
“Saya ingin menyeru kita semua mendokong usaha untuk menentukan negara dalam tempoh singkat akan bebas dari wabak ini,” katanya.
Muhyiddin juga memaklumkan akan menerima suntikan kedua vaksin pada 17 Mac depan. – BH Online