Input your search keywords and press Enter.

Vaksin Covid-19 – 1 Suntikan Halus, 1 Sumbangan Besar Buat Malaysia

Semalam merupakan hari bersejarah buat negara kita apabila PM, Ketua Pengarah Kesihatan dan beberapa frontliner kita menjadi sekumpulan rakyat Malaysia pertama yang telah menerima suntikan vaksin dos pertama. Maka bermula semalam, barisan frontliner kita akan mula diberikan suntikan vaksin Covid-19 dos pertama secara berperingkat

                Vaksin yang telah dan bakal diterima oleh Malaysia terdiri daripada 6 iaitu:

1.            Pfizer-Biontech (12.8 juta dos)

2.            Sinovac Biotech (14 juta dos)

3.            Astra Zeneca – Oxford (6.4 juta dos)

4.            Fasiliti Covax (6.4 juta dos)

5.            Gamaleya Research Institute (6.4 juta dos)

6.            Cansino Biologics (3.5 juta dos)

Untuk fasa pertama, Malaysia telah pun menerima 312, 390 dos vaksin Pfizer sebelum menerima dos selebihnya dalam masa terdekat ini. Menurut Channel News Asia, dari kajian ramai, vaksin Pfizer ini diberitakan mempunyai keberkesanan sehingga 94% untuk suntikan lengkap sebanyak 2 dos.

                Banyak negara yang telah mula memberikan suntikan vaksin kepada rakyat sebelum Malaysia lagi dan dari berita-berita yang dilaporkan, sememangnya vaksin ini telah berupaya untuk memperlahankan malah mengurangkan kadar jangkitan dan penularan wabak Covid-19. Di UK misalnya, jangkitan harian Covid 19 telah berkurangan sehingga hampir 70% dengan hanya 1 dos dari vaksin Pfizer. Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan di Israel yang merancang untuk menyuntik semua rakyatnya pada bulan Mac ini turut melapokan keberkesanan vaksin sehingga 98.9%  dalam mencegah kematian disebabkan jangkitan Covid-19. Dengan laporan yang positif berkenaan vaksin Covid-19 ini, apa lagi alasan yang boleh digunakan oleh anti-vaxx yang tidak mahu disuntik ini?

                Bercakap mengenai keberkesanan vaksin ini, kita juga perlu maklum tentang pasport vaksin Covid-19 yang bakal dibangunkan oleh kebanyakan negara terutamanya apabila keadaan telah pulih dan negara-negara mula membuka sempadan masing-masing. Syarikat-syarikat penerbangan sudah mula merangka sistem passport vaksin digital bagi memudahkan pengesanan penumpang yang telah divaksin. Emirates misalnya, merupakan antara syarikat penerbangan terawal untuk menguji aplikasi dalam talian (mobile app) IATA Travel Pass milik Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) sejak awal tahun ini lagi bagi memudahcara penumpang yang ingin menggunakan servis penerbangan. Pasport vaksin berbentuk digital ini juga akan memastikan setiap penumpang mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh negara-negara di dunia.

                MAS dan Air Asia akan turut serta melaksanakan pasport vaksin ini supaya mereka boleh beroperasi semula seperti sediakala. Banyak syarikat penerbangan yang telah terkesan dengan pandemic Covid 19 apabila ianya mula menular sekitar awal tahun lepas. Malah terdapat banyak syarikat penerbangan yang telah gulung tikar kerana tidak mampu untuk menanggung kos penyelenggaraan disebabkan penutupan sempadan dan sekatan penerbangan.

MAS tidak terkecuali sehinggakan ramai yang bersimpati dengan ura-ura penutupan syarikat tersebut. Mujurlah syarikat penerbangan nasional kebanggaan kita masih dapat bernafas sehingga kini dan sekarang sudah tibalah masa rakyat Malaysia untuk menjalankan tanggungjawab kita untuk menerima suntikan vaksin supaya kita dapat membantu syarikat seperti MAS dan Air Asia yang terkesan teruk dek pandemik ini.

Bukan itu sahaja, sekiranya program vaksin negara mampu mencapai herd immunity dan semakin ramai yang menghidupkan industri penerbangan Malaysia, maka akan berkuranglah risiko syarikat-syarikat ini untuk gulung tukar dan semakin bertambah pula peluang pekerjaan buat rakyat Malaysia juga.

Kita bebel banyak sangat ni bukan apa, kita nak berikan kesedaran tentang kepentingan vaksin dan bagaimana ianya mampu untuk mengembalikan dan merancakkan ekonomi negara seperti sebelum pandemik melanda. Momen apabila Perdana Menteri disuntik vaksin semalam sangatlah bersejarah bak kata-kata manusia pertama yang mendarat di bulan, Neil Armstrong, “One small step for man, but one giant leap for mankind” dan dalam konteks ini kita bolehlah ubah sedikit kepada “One small shot for man (Abah), but one giant leap for Malaysians.”

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update