Input your search keywords and press Enter.

Shah Firdaus Kalahkan Azizulhasni

Foto : Azizulhasni Awang Twitter

M Update, 01/03/2021 – Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom membuktikan kemampuannya dalam acara keirin apabila memenangi Kejuaraan Keirin Victoria 2021, semalam.

Lebih menggembirakan, kejayaan itu boleh dianggap sebagai ulangan penamat 1-2 buat skuad negara di Kejohanan Trek Elit Victoria minggu lalu apabila kali ini rakan seperjuangan, Azizulhasni Awang meraih tempat kedua di Pusat Sukan Antarabangsa Darebin, Australia.

Dalam hantaran di laman Instagram, Azizulhasni berkata, kejayaan dilakar Shah Firdaus itu secara tidak langsung membuktikan betapa rakannya itu juga mempunyai potensi besar untuk membawa kejayaan di Sukan Olimpik Tokyo nanti.

Beliau beraksi dengan cemerlang untuk merangkul kejayaan di tempat pertama, saya di tempat kedua manakala Ned Pollard dari Victorian Institute of Sports (VIS) di tempat ketiga. Jutaan terima kasih daripada saya kepada semua yang datang (penyokong) memberikan sokongan kepada kami berdua tadi. Malaysia boleh Malaysia.”

“@shahfirdaus95 membuktikan yang beliau juga mempunyai potensi besar untuk membawa kejayaan di Olimpik Tokyo nanti selepas mengalahkan saya dalam acara keirin hari ini,” kata Azizulhasni.

Minggu lalu, Azizulhasni dan Shah Firdaus yang berada dalam fasa latihan menjelang Tokyo 2020 meraih penamat 1-2 dalam acara pecut di Kejohanan Trek Elit Victoria yang berlangsung di venue sama.