Input your search keywords and press Enter.

Wanita Hamil, Cuba Mengandung Layak Dapat Vaksin COVID-19

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba

M Update, 01/03/2021 – Wanita yang dalam proses mengandung boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, namun perlu mendapatkan nasihat pakar atau doktor masing-masing.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menjelaskan kegusaran itu timbul berikutan data ujian klinikal Pfizer menunjukkan ibu mengandung berdepan risiko keguguran.

Sehubungan itu, katanya, wanita hamil atau cuba mengandung perlu mendapatkan nasihat lanjut daripada pakar bagi menentukan keperluan mengambil vaksin COVID-19, bersandarkan tahap kesihatan masing-masing.

“Dalam ujian yang dilaksanakan, antara vaksin dan placebo, ada segelintir individu yang menyertai ujian klinikal Pfizer sebelum ini tidak mengetahui mereka sebenarnya mengandung.

“Apa yang berlaku ialah, dua daripada 23 sukarelawan mengalami keguguran secara spontan, justeru data klinikal mengenai kontraindikasi (sebarang keadaan yang menandakan ketidaksesuaian suatu bentuk rawatan) ada disertakan.

Oleh itu, yang nak dapatkan suntikan imunisasi COVID-19 tetapi mengandung, mereka sebenarnya layak dapat vaksin tetapi perlu hubungi pakar dan doktor masing-masing. Ini bagi menentukan mana yang lebih bahaya bagi wanita hamil atau cuba mengandung, sama ada COVID-19 atau kandungan,” katanya pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), di sini, hari ini. – BH Online