M Update, 05/03/2021 – Polis Perak akan memantau Facebook seorang bekas pelakon yang dilaporkan sering membuat kenyataan mengenai fahaman antivaksin COVID-19.
Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima laporan berkaitan tindakan bekas pelakon itu.
“Kita akan melihat perkara ini dan memantau hantaran Facebook serta melakukan siasatan. Jika ia menggugat keharmonian masyarakat, tindakan akan diambil.
“Setakat ini, tiada gerakan antivaksin dikesan di Perak tetapi kita tetap melakukan pemantauan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini, hari ini. – Ketua Polis Perak,
Hantaran Facebook bekas pelakon itu menjadi perbualan netizen kerana dipercayai menolak program vaksinasi kerajaan.
Semalam, media melaporkan kenyataan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez yang menasihatkan golongan selebriti supaya tidak menyebarkan fahaman antivaksin, sebaliknya memanfaatkan pengaruh dimiliki untuk membantu kerajaan menggalakkan pengambilan vaksin bagi memerangi penularan COVID-19. – BH Online