Input your search keywords and press Enter.

Dah La Buat Salah, Maki Polis Pulak Tu

M Update, 17/03/2021 – Sepasang suami isteri ditahan polis atas kesalahan merentas negeri tanpa surat kebenaran selain menghalang penjawat awam ketika melalui pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) COVID-19, di Jalan Junjong, Kulim semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, seorang anggota polia menahan kereta jenis Honda Jazz hitam yang dinaiki pasangan suami isteri itu bersama seorang kanak-kanak lelaki. Pasangan itu dari arah Pulau Pinang memaklumkan, mereka mempunyai urusan pertukaran sekolah anaknya ke Kedah namun gagal menunjukkan surat dokumen berkaitan persekolahan.

Anggota polis berkenaan cuba menjelaskan secara berhemah dan tegas kepada pasangan berkenaan bahawa sebarang pergerakan rentas negeri tidak dapat dilakukan sekiranya tiada surat kebenaran. Beliau kemudiannya meminta kad pengenalan dari lelaki berkenaan untuk pemeriksaan rutin namun pasangan suami isteri itu keluar dan memaki hamun anggota terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu pasangan berusia 37 dan 40 tahun itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut. Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan). Manakala isterinya ditahan mengikut Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No.2) 2021. – Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim