Input your search keywords and press Enter.

Berita Palsu Musuh Negara: Berjihad Menentang Berita Palsu

Walaupun sudah beberapa kali bertukar kerajaan sejak-dua menjak ni, tapi fokus dan perjuangan kerajaan di era globalisasi ini tetap sama. Selain menjaga (atau cuba menjaga) rakyat dan mengurus negara, kerajaan terpaksa juga membanteras dan mengekang berita palsu yang semakin berleluasa. Disebabkan penetration dan penggunaan internet yang meluas, melawan berita palsu menjadi semakin mencabar kerana jika berita palsu itu tidak dibetulkan, maka akan ramai lah rakyat yang akan percaya dan mereka pula sebarkan berita tersebut. Chain of reaction akan menjadi semakin besar dan semakin sukar untuk diuruskan. Haaa begitulah seterusnya sampai Abang Jamil mampus!

Berita Menyimpang dari Kebenaran di Musim Pandemik

Baru- baru ini, kecoh juga apabila terdapat beberapa akhbar tabloid menyiarkan berita tentang kematian seorang jururawat yang dikhabarkan meninggal dunia setelah menerima vaksin Covid-19. Maka timbullah kegusaran dan ketakutan rakyat tentang keselamatan vaksin ini terutamanya di kalangan warga emas yang rata-rata masih skeptikal terhadap keberkesanan vaksin ini.

“Biarlah mak duduk rumah je, mak takut nak ambil vaksin tu, katanya boleh buat mati!”

“Dalam vaksin ni ada dna babi tau. Pastu ada mikrochip kecil buatan yahudi. Abah baca dekat group whatsapp. Abah tobat tak nak kena vaksin!”

Macam pernah dengar kan dialog-dialog di atas? Haa inilah golongan yang harus kita educate tentang keberkesanan vaksin. Mereka risau kadang-kadang tu bersebab; mungkin sebab rasa tidak mahu menyusahkan anak-anak sekiranya apa-apa terjadi kepada mereka. Namun janganlah kita merisikokan mereka dengan menyebarkan berita palsu juga. Mereka berhak untuk mendapat berita benar akan kebaikan dan keselamatan vaksin ini. Bukannya ditakut-takutkan dengan berita palsu, apatah lagi jika berita palsu tersebut datang daripada akhbar berstatus tabloid yang ramai pembacanya!

Beberapa hari setelah berita tersebut tersebar, barulah diketahui punca kematian jururawat tersebut adalah disebabkan oleh serangan jantung. Selepas dikecam teruk rakyat dan diselar oleh Panglima Perang Covid-19 sendiri iaitu TS Noor Hisham barulah tabloid tersebut meminta maaf namun sayang semuanya sudah terlambat bak kata Shidee. Nasi pun dah jadi bubur.

Awasi Tabloid dan Berita Clickbait

ehadiran akhbar dan majalah berunsur tabloid memang sudah lama di Malaysia. Seperti di UK, rakyat memang gemar membaca berita yang sensasi, gosip-gosip yang tidak pasti kesahihannya. Walaupun banyak tabloid yang sudah bungkus, namun ada juga yang masih kuat pengaruhnya kerana berjaya untuka adapt dengan transisi atau peralihan medium dari kertas kepada online dan media sosial. Menurut DBP, tabloid adalah surat khabar yang kecil sedikit saiz halamannya daripada surat khabar biasa (30cm x 40cm), yang lazimnya banyak menyiarkan gambar dengan beritanya tersiar secara sensai untuk menarik minat pembaca.

Memang secara hakiki akhbar tabloid ini kerjanya untuk sensasikan berita. Tajuk-tajuk berita semua nak yang clickbait sahaja! Clickbait atau Umpan Klik ini adalah suatu istilah pejoratif merujuk kepada kandungan dalam web yang ditujukan untuk mendapatkan penghasilan iklan dalam talian, terutamanya dengan mengabaikan mutu atau ketepatan kandungan melalui kebergantungan kepada tajuk sensasi atau gambar yang menarik mata guna mengundang klik-tayang (click-through) dan mendorong penerusan bahan tersebut melalui rangkaian sosial dalam talian (Thompon, 2013). Menurut (Waldman, 2014) pula, tajuk “umpan klik” umumnya bertujuan mengeksploitasi “jurang keingintahuan” (curiosity gap) dengan hanya memberi maklumat yang cukup membuat berasa ingin tahu, tetapi tidak cukup untuk memenuhi rasa ingin tahu tersebut tanpa mengklik pada pautan yang diberikan. Kenapa nak tajuk yang clickbait? Supaya lagi ramai orang klik dan bertambahlah income dari iklan! Nak sensasi tu tak salah tapi yang menjadi salahnya apabila berita yang disensasikan itu adalah palsu, tidak sahih dan tidak benar. Lagi-lagi di musim pandemik ini yang mana setiap data, berita dan kejadian perlu disemak dan diteliti sebelum disebar kepada umum. Jangan ingat kita boleh baling batu dan sembunyi tangan sebab zaman IT ni benda dah delete pun orang boleh gali dan cari balik. Semua benda boleh ditangkap layar beb!

Berita Palsu dari Sudut Agama

Dari sudut agama, ramai ulamak di Malaysia yang menyifatkan membuat dan menyebarkan fitnah serta berita palsu sebagai suatu perbuatan yang haram di sisi agama berpandukan al-Quran menerusi surah Al-Ankabut yakni apabila seseorang terjebak atau terbabit dengan fitnah, memang sukar untuk keluar daripada perkara berkenaan.

“Allah mengumpamakan perbuatan fitnah seperti sarang labah-labah yang sangat rapuh, tetapi apabila ada serangga yang tersangkut pada sarang berkenaan, susah untuk mereka keluar darinya.”*

Jihad Menentang Berita Palsu Perlu Kerjasama Semua Pihak

Nak berjihad menentang berita palsu di zaman guna IT, sayang IT ni memang besar cabarannya, terutamanya buat kerajaan. Dari beberapa tahun lepas kerajaan sudah mengambil langkah drastik untuk mengekang berita palsu. Selain kempen “Semak Sebelum Sebar” dan Sebenarnya.my oleh Kementerian Komunikasi, Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (namun dihapuskan pada 2019 ketika zaman kerajaan PH), kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini giat memburu pengguna media sosial khasnya yang dengan sengaja membuat berita palsu dengan tujuan menakut-nakutkan rakyat sehingga mencetuskan panik.
Sebarang penciptaan atau penyebaran berita dan kandungan palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun. Terbaharu adalah Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang dikuatkuasakan baru-baru ini untuk melawan berita palsu. Mereka yang didapati bersalah menyebarkan “berita palsu” yang berkaitan dengan Covid-19 atau pengisytiharan darurat dalam pelbagai media kini boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjara hingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

Dengan kempen dan akta sebegini, kita dapat melihat ramai rakyat yang sudah mula celik dengan berita palsu yang diragui kesahihannya. Bila dah ada kesan positif macam ni di kalangan rakyat, media arus perdana pula yang buat hal. Sengaja menggunakan tajuk-tajuk clickbait untuk menarik perhatian pembaca. Kes kematian jururawat yang disalah lapor oleh beberapa media di negara sudah menjadi eye opener kepada semua akan bahayanya berit palsu. Jangan tak tau ya rakyat kini sudah menjadi mouthpiece atau jurusemak dan imbang bagi kerajaan. Jika ada yang terbuat atau dengan sengaja membuat berita palsu di zaman IT dan pandemik ini, anda bukan sahaja bakal berdepan dengan tindakan saman di mahkamah, malah lagi teruk anda bakal dikecam beramai-ramai oleh netizen dan bala tentera bawang Malaysia yang digeruni dunia.

Rujukan:
Thompson, Derek (2013). “Upworthy: I Thought This Website Was Crazy, but What Happened Next Changed Everything”. The Atlantic.

Waldman, Katy (2014). “Mind the ‘curiosity gap’: How can Upworthy be ‘noble’ and right when its clickbait headlines feel so wrong?”. National Post.

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update