Input your search keywords and press Enter.

GELOMBANG KE-4 COVID-19 MALAYSIA MILIK KLUSTER IFTAR DI BAZAAR & BUFFET RAMADHAN?

Kalau tengok medsos ramai sungguh rakyat yang sedang giat melakukan serangan ke atas FB dan Twitter rasmi milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bermacam-macam pantun 1 kerat yang berbaur makin yang diterima oleh KKM macam “Pergi ke kedai membeli langsat…”, “Pergi ke kedai membeli sports toto…” dan pelbagai lagi ayat perli kononnya sebab KKM ni dah tak relevan dan menipu dalam memberi informasi berkenaan perkembangan Covid. Maka betullah pepatah orang tua menyebut orang Malaysia ni sesungguhnya mudah lupa. Baru je tahun lepas mereka bangga dan memuji kecekapan KKM menangani Covid, alih-alih bila keadaan tak berlaku seperti yang diingini rakyat, terus dikutuknya habis-habisan!

Kadang timbul rasa kesian juga dekat admin KKM ni sebab mana nak update pasal perkembangan Covidnya, mana nak melayan karenah netizen Malaysia yang baran ni. Bukan nak kutuk netizen Malaysia secara kolektif, tapi segelintir tu memang semua benda nak dikecam, semua benda dia nak marah. Hati-hati ya, selalunya paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih nanti.

Selama berminggu-minggu rakyat Malaysia sibuk kecam para artis, instafamous, golongan kayangan dan pihak berkuasa sampai kurang pahala puasa masing-masing. Walhal diri sendiri tak sedar yang bila dapat rentas negeri tu dia pun sama-sama menyelam dan minum air. Lepas jumpa mak ayah, dia ronda pula satu kampung dan bandar mengeteh dengan kawan lama zaman sekolah dulu. Dah habis mengeteh dia pi pula lawat muzium, jalan kat tepi pantai hirup udara segar! Kayangan tak kayangan sama aje perangainya, tak gitu?

Cuma yang paling merisaukan adalah desas-desus berkenaan akan adanya gelombang ke-4 sempena bulan Ramadhan ni. Haritu Pak Long Mail dah brief semua yang kita kini berada dalam gelombang ketiga fasa yang kedua, belum masuk gelombang ke-4 lagi ni. Tapi tengok keadaan sekeliling dan tengok gayanya, rasanya bukan setakat desas-desus je dah tu. Gelombangnya macam dah nak mula. Lihat sahaja perangai rakyat Malaysia di bazaar-bazaar dan buffet Ramadhan. Masing-masing berpusu-pusu membeli dan membawa anak-anak kecil tanpa pedulikan SOP. Banyak je gambar yang dikongsi oleh pengguna pasal langgar SOP ni. Berhimpit-himpit di tempat sesak tak apa asalkan dapat beli roti john yang diidamkan. Habis amalam 3W (Wash,Wear,Warn) dilupakan terus. 3C (Crowded places, Confined places, Close conversation) yang harus dielakkan semakin dipraktikkan pula! Buffet Ramadhan di merata hotel dan restoran pun dah sold out sampai habis Ramadhan. Wah, enjoy sungguh rakyat na? Gelombang tak gelombang peduli apa, janji dapat tibai kambing bakar madu dengan teh tarik madu.

Mana yang dah terang-terangan langgar SOP dan kena saman tu alhamdulilah padan muka. Tapi yang belum lagi disaman dan belum sedar pun yang mereka melanggar SOP tu yang lagi bahaya. Lepas tu ada hati pula nak kutuk orang lain. Sebelum kutuk tu, tengok cermin dulu. Adakah perangai kita tu semenggah dengan apa yang kita tulis di media sosial? Kita dok kutuk pemimpin dan artis tak jaga SOP tapi diri sendiri lebih sudu dari kuah.

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update