M Update, 22/06/2021 – Kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun ke atas kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.
Sebelum ini MySejahtera hanya membenarkan keluarga mendaftarkan tanggungan mereka yang berusia 18 tahun ke atas. Ini susulan kelulusan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bagi golongan berkenaan.
Hasil semakan mendapati, pendaftaran boleh dibuat pada ruangan ‘tambah tanggungan’ yang tersedia dalam kategori ‘vaksinasi’ di aplikasi berkenaan. Proses pendaftaran itu boleh dibuat dengan mengisi ruangan disediakan antaranya nama, hubungan, nombor MyKad, umur, jantina serta alamat.
Malah, aplikasi terbabit membenarkan proses pendaftaran dibuat untuk lebih dari satu tanggungan. – BH Online