Input your search keywords and press Enter.

Tonny Spider Meninggal Dunia

M Update, 39/06/2021 – Bekas pemain bass kumpulan Spider yang juga pemuzik bebas, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi tadi.

Lenih menghibakan, Allahyarham meninggal dunia di studio rakaman Luncai Emas milik komposer terkenal, Datuk M. Nasir di Sungai Buloh yang menjadi kediamannya sejak sekian lama.

Berita duka pemergian Tony turut dikongsi rakan seperjuangannya yang juga pemain gitar kumpulan Exists, Along menerusi akaun Instagramnya. Jenazahnya kini masih berada di Hospital Sungai Buloh, Selangor bagi menunggu bedah siasat sebelum dikebumikan.

Allahyarham merupakan anggota asal Spider yang diasaskan M. Nasir yang turut membariskan Tam selaku vokalis, Nafie (pemain gitar) dan Aie (pemain gitar). Ditubuhkan pada1996, kumpulan berkenaan menempa tempat tersendiri di arena muzik tanah air menerusi lagu popular mereka seperti Relaku Pujuk, Kasihku Latifah dan Laukku Cukup Masin.

Begitupun, Tony meninggalkan Spider untuk bergerak sendiri pada tahun 2012 dan tempatnya digantikan dengan Is. Menerusi teman rapatnya, Allahyarham yang hidup menduda itu pernah mengalami sakit dada dan sudah menjalani pemeriksaan. Bagaimanapun, keputusan ujian doktor tersebut belum diterima lagi. – K! ONLINE