Input your search keywords and press Enter.

Media Luar Mengesahkan Malaysia Mengungguli Kadar Vaksinasi Dunia

Sydney Morning Herald semalam telah memuji effort Malaysia menjalankan vaksinasi pada kadar yang sangat pantas menyaingi negara-negara maju lain setelah kita merekodkan kadar vaksinasi lebih 400 ribu untuk 4 hari berturut-turut. Tajuk artikel yang berjudul “Crushed by COVID, Malaysia now has one of the world’s fastest vaccination rates” menunjukkan betapa kerajaan sangat fokus untuk memastikan rakyat negara dilindungi daripada penyakit yang membunuh ini.

Menurut KKM, Malaysia hanya diatasi Kanada pada minggu lepas, tetapi jumlah vaksinasi di Malaysia adalah sekali ganda berbanding Australia. Jumlah pemberian vaksin COVID-19 di Malaysia pada 15 Julai 2021 ialah 460,158 dos, ini adalah jumlah yang tertinggi dalam sehari setakat ini. Pemberian dos 1 sejumlah 304,807 dan dos 2 sejumlah 155,351.

Berikut adalah jumlah pemberian dos untuk empat hari lepas:
12 Julai : 421,479 dos
13 Julai : 424,541 dos
14 Julai : 434,828 dos
*15 Julai : 460,158 dos

Sebentar tadi juga Menteri Vaksin Khairy Jamaluddin telah mengesahkan Ops Surge Capacity untuk rakyat di KL dan Selangor yang mana kesemua rakyat yang cukup umur bakal menerima vaksin pertama mereka selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2021 ini. Dan diberitakan mereka ini semua akan diberikan suntikan vaksin Pfizer. Bermula 26 Julai hingga 1 Ogos nanti, PPV di KL dan Selangor akan melaksanakan 272 ribu dos sehari.

Ya, memang kita sedang teruk diuji apabila mencatatkan angka jangkitan melepasi angka 13 ribu orang yang diburukkan lagi dengan kemasukan variant Delta dari India. Kerajaan dan KKM pun dah lama kasi warning pada variant Delta ni dan seingat penulis memang dah berbuih mulut minta kita berjaga-jaga dan amalkan SOP ketat. Namun, macam-macam manapun, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dengan kadar vaksinasi yang semakin banyak ini, Malaysia mampu untuk mencapai herd immunity lebih awal dari yang dijangka.

Terima kasih diucapkan kepada semua frontliner, para vaccinator dan sukarelawan yang sabar melayani karenah rakyat Malaysia di PPV seluruh negara. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda semua. Cabaran yang dihadapi oleh kita seterusnya adalah untuk melawan dakyah yang disebarkan oleh para anti-vaksin yang masih wujud walaupun tak ramai sangat, yang berselindung di sebalik akaun-akaun palsu medsos. Kita sedar geng anti-vaksin ni sedang sibuk mentertawakan keletihan para frontliner dan memanggil pejuang kita ni sebagai pelakon manakala pandemik ini hanyalah sebuah drama pukul 7 petang yang diada-adakan untuk menakutkan orang. Takpelah kalau mereka berfikiran begitu. Kita doa je lah mereka terlindung dari Covid-19 ni sebab kalau mereka terjangkit dengan wabak ni, ke manakah akan mereka pergi? Ke hospital kah atau ke depan komputer untuk google informasi?

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update