Input your search keywords and press Enter.

Tokyo 2020:Kemunculan Perwira Pelapis Sukan Negara

Walaupun negara kita baru mengumpul 1 pingat gangsa yang disumbangkan oleh beregu badminton lelaki setakat ini, tapi rasa macam kita dah betul-betul berjaya dalam temasya kali ni kan? Kita dapat lihat penyatuan rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong atlet-atlet negara. Keistimewaan temasya kali ini juga kita disajikan oleh kemunculan ramai pelapis sukan negara yang telah menunjukkan prestasi yang sungguh mengagumkan, bak kata omputeh, the future looks bright for Malaysian sports.

Kita ada Lee Zee Jia, Azreen Nabila Alias, Dhabitah, Aaron Chia & Soh Wooi Yik yang semuanya nama-nama yang sungguh asing sebelum mereka ni semua bertanding di Tokyo 2020. Harapan besar rakyat Malaysia adalah supaya mereka ini semua dapat meningkatkan prestasi dan bersiap siaga untuk bersinar pada temasya sukan yang akan datang khususnya Sukan Commonwealth, Kejohanan Dunia dan juga Olimpik Paris 2024. Kita percaya dengan perhatian lebih yang diberikan oleh kementerian terbabit mereka ini semua bakal menyinar dengan lebih terang usai Tokyo 2020.

Walaupun rakyat Malaysia sekarang sedang down dengan kes Covid-19 yang masih belum menunjukkan penurunan yang konsisten, namun Tokyo 2020 sedikit sebanyak mengubat duka lara kita yang terpaksa berkurung di rumah ni. Kemenangan gangsa oleh beregu badminton kita iaitu Aaron Chia & Soh Wooi Yik jelas telah menyatukan seluruh rakyat Malaysia apabila semua bersorak bagaikan melihat pertandingan tersebut secara live di Musashino Forest Sports Plaza. Dah lama sungguh rakyat Malaysia tidak bersorak sebegitu bersemangat! Semoga semangat kesukanan yang telah dipamerkan oleh atlet negara dan rakyat kita akan sentiasa mekar kerana sukan benar-benar menyatukan.

Dah terlanjur bersembang pasal Tokyo ni, rakyat Malaysia jangan lupa untuk sama-sama memberikan sokongan padu kepada Pocket Rocket Man kita iaitu Datuk Azizulhasni Awang yang bakal beraksi pada hari Rabu, 4 Ogos 2021 ni. Kita doakan supaya Datuk Azizulhasni dapat mencipta sejarah dengan menyumbangkan pingat emas yang berkilau-kilau untuk Malaysia yang tercinta.

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update