Input your search keywords and press Enter.

Harga Baru Kit Ujian Pantas Kendiri COVID-19 Dijangka Disember Depan

M Update, 27/09/2021 – Harga kawalan baharu bagi kit ujian pantas kendiri Covid-19 dijangka diumumkan selewat-lewatnya Disember depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, bagaimanapun pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk mengumumkan harga baharu itu lebih awal berikutan kadar permintaan dan penggunaannya dijangka meningkat berbanding sekarang. La mélatonine contribue à réduire https://asgg.fr/ le temps d’endormissement.

Katanya, pembukaan lebih banyak sektor ekonomi, pelancongan dan pendidikan secara berperingkat di bawah fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta kelonggaran lain yang bakal diumumkan kerajaan menjadikan kit berkenaan sebagai alatan perubatan penting untuk orang ramai membuat pemeriksaan status kesihatan bagi memastikan diri bebas daripada jangkitan Covid-19.

“Dalam erti kata lain, ujian pengesanan kendiri Covid-19 kini menjadi satu norma baharu yang perlu diadaptasi dalam kehidupan seharian segenap lapisan masyarakat. Disebabkan itu kerajaan sentiasa prihatin dalam memastikan setiap lapisan pengguna mampu mendapatkan kit ini pada harga lebih baik dan dalam masa sama tidak mengabaikan kepentingan dan kelangsungan perniagaan pemain industri yang terbabit.

Justeru, kementerian giat mengadakan libat urus dan rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam penetapan harga baru kit ujian kendiri ini dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui pada program Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad bersama Persatuan Bot Pelancong di Tasik Kenyir, di sini semalam. – HM ONline