M Update, 11/10/2021 – Polis mengingatkan orang ramai yang belum divaksin supaya jangan cuba menggunakan kad vaksinasi palsu kerana boleh diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya tidak menafikan cubaan itu mungkin akan ada namun sekiranya ditahan, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut akta itu.
“Kita mempunyai empat pasukan pemantau dan dua pasukan akan bertugas setiap hari untuk melakukan pemeriksaan di pasar raya, kedai makan dan hentian lebuh raya untuk memastikan mereka sudah lengkap dua divaksin. Selain itu, kita akan tambah pasukan pemantau di peringkat balai dan kita ada sembilan balai di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan masing-masing akan tubuhkan pasukan pemantau,” katanya.
“Walaupun SJR dan penugasan itu sudah tamat namun tugas polis tidak terhenti di sini malah pemantauan akan berterusan termasuk pemeriksaan mengejut (snap check) akan dilakukan,” katanya. – HM Online