Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

October 2021

Penerima Sinovac Boleh Ambil Dos Penggalak Pfizer Mulai Hari Ini

M Update, 22/10/2021 – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan vaksin Comirnaty daripada Pfizer-BioNTech sebagai dos penggalak bagi individu yang sudah mendapat dos lengkap vaksin Sinovac, sekurang-kurangnya tiga bulan yang lalu. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata kaedah heterologi itu diperaku oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi meningkatkan sistem imun…

Anggota bomba lemas ketika misi menyelamat meninggal dunia

M Update, 21/10/2021 – Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras di Kampung Sungai Putat, meninggal dunia, awal pagi ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain berkata, anggota terbabit Pegawai Bomba…

Tiada Data Pengguna MySejahtera Dicerobohi – KKM

M Update, 20/10/2021 – Pasukan MySejahtera di Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan tiada data pengguna dalam aplikasi berkenaan yang dicerobohi susulan aduan beberapa pengguna mengenai kata laluan guna sekali (OTP) yang dihantar ke e-mel masing-masing. Dalam satu kenyataan ringkas, Pasukan MySejahtera menyatakan pihaknya menerima aduan daripada ‘helpdesk’ MYSJ dan media…

Usahawan, Peniaga Enggan Divaksin Susahkan Diri, Perniagaan – Noh

M Update, 20/10/2021 – Usahawan dan peniaga yang enggan divaksin tanpa alasan munasabah atau diberikan pengecualian atas sebab kesihatan, hanya menyusahkan diri serta perniagaan mereka sendiri. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar, berkata ini kerana vaksinasi lengkap COVID-19 sudah menjadi syarat pergerakan di negara ini serta…

Kerajaan Pertimbang Buka Sempadan Negara Secara Selamat – Muhyiddin

M Update, 15/10/2021 – Kerajaan sedang mempertimbangkan membuka sempadan negara secara selamat, dengan membenarkan pelawat asing dari negara tertentu yang telah lengkap divaksin untuk memasuki negara ini tanpa perlu menjalani kuarantin wajib, berikutan perkembangan positif indikator COVID-19. Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia melalui program pengiktirafan bersama sijil vaksin…

Pemberian Dos Penggalak Secara Percuma, Sukarela

M Update, 14/10/2021 – Dos penggalak vaksin COVID-19 akan mula diberikan kepada kelompok penerima pertama secara percuma dan sukarela. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata, pemberian suntikan pelalian mulai semalam itu akan membabitkan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan anggota barisan hadapan menerima dos lengkap…

Dah Boleh Ke Sabah Mulai 1 November 2021

M Update, 13/10/2021 – Sabah hari ini bersetuju membenarkan aktiviti rentas negeri mulai 1 November dan rentas daerah bermula 14 Oktober 2021, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. Hajiji berkata, kemasukkan ke Sabah bagi aktiviti rentas negeri meliputi lawatan sosial dan pelancongan dibenarkan dengan syarat ditetapkan. “Pertama individu telah…

PIALA THOMAS: Malaysia Sah Ke Suku Akhir

M Update, 13/10/2021 – Skuad muda negara melangkah ke suku akhir Piala Thomas selepas membelasah Kanada 5-0 di Arena Ceres di sini, pagi tadi. Membuka kempen dalam Kumpulan D, Malaysia menampilkan aksi pemanas badan dengan penuh bergaya sebelum berdepan dengan Jepun pada Khamis ekoran penarikan diri pasukan England. Seperti diramalkan,…

Penerima Sinovac Perlu Dos Ketiga Untuk Tunai Umrah

M Update, 13/10/2021 – Kerajaan Arab Saudi dilapor membenarkan individu yang mengambil suntikan vaksinasi Sinovac menunaikan umrah, dengan syarat mendapatkan dos ketiga seperti mana ditetapkan. Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata syarat pengambilan dos penggalak itu hanya dikenakan kerajaan Arab Saudi…

Langgar SOP Rentas Negeri, Kompaun Menanti Individu Tanpa Vaksin

M Update, 11/10/2021 – Polis akan terus mengenakan kompaun kepada individu yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) merentas negeri bermula hari ini. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata tiada lagi amaran diberi dan pihaknya akan lebih bertegas termasuk mempertingkat pemantauan…