Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

October 2021

Vaksin COVID-19: Kanak-Kanak 5-12 Tahun Akan Diberi Suntikan Pfizer

M Update, 29/10/2021 – Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pilihan vaksin lain seperti vaksin Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaksin terhadap golongan tersebut. “82.4 peratus daripada remaja (12-17 tahun) telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos…

Tiada Had Siling Harga Kit Ujian Kendiri COVID-19 – Rosol

M Update, 29/10/2021 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak akan menetapkan harga siling bagi kit ujian kendiri COVID-19. Harga kit berkenaan akan ditentukan pasaran selepas KPDNHEP mendapat jaminan daripada syarikat pengeluar bahawa kit berkenaan akan dijual dengan harga lebih murah berbanding harga siling RM19.90 ketika…

Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Bawah PEMULIH Masih Dibuka

M Update, 27/10/2021 – Permohonan moratorium bayaran balik pinjaman di bawah program Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) masih dibuka kepada peminjam yang memerlukan. Timbalan Menteri Kewangan I, Shahar Abdullah berkata, peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing dan jika berdepan kesukaran semasa berurusan dengan pihak bank atau permohonan moratorium ditolak,…

Agong, Permaisuri Selamat Kembali Ke Tanah Air

M Update, 27/10/2021 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air selepas mengadakan lawatan khas ke United Kingdom (UK). Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua selamat mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia…

KKM Masih Teliti Vaksin Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun

M Update, 26/10/2021 – Malaysia setakat ini masih belum menerima data yang diperlukan daripada syarikat pengeluar vaksin COVID-19 bagi meneliti kesesuaian untuk pemberian vaksin itu kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata Jawatankuasa Pemilihan Calon Vaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti…

Langkawi Dibuka Kepada Semua Negara Mulai 15 November

M Update, 26/10/2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak mengehadkan pelancong asing yang akan menyertai Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi mulai 15 November ini. Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata keputusan itu dibuat berikutan sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk pelancong perlu…

Umrah: Arab Saudi Mansuh Tempoh Menunggu 14 Hari

M Update, 25/10/2021 – Arab Saudi kini memansuhkan peraturan mewajibkan jemaah membuat tempahan dan perlu menunggu 14 hari untuk menunaikan ibadah umrah. Ketua Pegawai Perancangan dan Strategi, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Amr Al Maddah berkata, peraturan itu ditamatkan susulan pertambahan permohonan jemaah untuk menunaikan umrah. Katanya, sejak…

Bantuan RM300 Kepada Penoreh Getah Dibayar Bulan Depan

M Update, 25/10/2021 – Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM300 sebulan akan diberikan kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bulan depan. Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata, bantuan itu akan diberi…

MU Jadi ‘Lauk’ Liverpool, Penyokong MU OK Tak Tu?

M Update, 25/10/2021 – Liverpool membelasah seteru ketatnya Manchester United 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, di sini, sebentar tadi yang turut menyaksikan Mohamed Salah merakamkan hatrik. Kekalahan besar dan memalukan di laman sendiri itu sekali gus turut menyaksikan kedudukan pengendali pasukan, Ole Gunnar Solskjaer kian…

Thailand Sedia Terima Pelancong Bermula 1 November Termasuk Dari Malaysia

M Update, 22/10/2021 – Thailand bakal menyambut ketibaan pelawat yang lengkap vaksin Covid-19, dari 46 negara dan wilayah berisiko rendah termasuk Malaysia yang akan dikecualikan menjalani kuarantin mulai 1 November. Pelawat dari negara dan wilayah yang dikecualikan kuarantin wajib termasuk Australia, Kemboja, China, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Arab Saudi,…