Input your search keywords and press Enter.

Syarat VTL Udara Malaysia-Singapura

Malaysia Airlines is on standby at KLIA to mobilise medical staff and professionals across the country. — AZHAR MAHFOF/The Star (25/3/2020)

Kementerian Pengangkutan mengumumkan syarat bagi Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara Malaysia-Singapura yang akan bermula 29 November 2021.

MOT memaklumkan pengembara dari Singapura tidak perlu memohon kebenaran perjalanan ke Malaysia di bawah VTL memandangkan kemudahan kemasukan akan diproses semasa ketibaan selain tidak perlu memohon MyTravelPass daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

Selain itu, pengembara mesti melengkapkan vaksin COVID-19 diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia dan berada di Singapura dan atau Malaysia dalam tempoh 14 hari berturut-turut sebelum berlepas ke Malaysia.

Pelawat jangka pendek, termasuk pengembara perniagaan dan rasmi mesti mendapatkan visa sah untuk pelawat yang memerlukan visa selain perlu membeli tiket pergi dan balik serta insurans perjalanan dengan perlindungan minimum RM100,000 untuk kos rawatan perubatan hospital berkaitan COVID-19.

Pelancong juga mesti menjalani ujian RT-PCR dalam tempoh dua hari sebelum berlepas ke Malaysia dan semasa tiba di KLIA dan menunggu keputusan ujian di ruang menunggu ditetapkan KLIA dan boleh berlepas meninggalkan lapangan terbang selepas ujian disahkan negatif.

Penerbangan VTL akan bermula dengan enam kali penerbangan setiap hari yang dikendalikan AirAsia, Jetstar Asia, Malaysia Airlines (MAS), Malindo Air, Scoot, dan Singapore Airlines.

VTL adalah pencapaian penting untuk memulakan semula pemulihan penerbangan awam, yang pada masa sama turut mengambil kira isu kesihatan awam, bagi memastikan daya tahannya di masa hadapan.

Butiran lanjut mengenai syarat prapelepasan dan kemasukan ke Malaysia boleh didapati di laman web Jabatan Imigresen Malaysia manakala butiran keperluan VTL bagi perjalanan ke Singapura pula boleh didapati di https://safetravel.ica.gov.sg

Sumber : Bernama