Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) meminta kerajaan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pelancong antarabangsa menerusi program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Projek Rintis Pulau Langkawi bermula Isnin lalu.
Ini berikutan pihaknya menerima banyak rungutan ahli dan agensi pelancongan di negara lain mengenai SOP dikenakan pihak berkuasa Malaysia yang didakwa menyusahkan mereka.
Kerajaan mengumumkan pembukaan semula kemasukan pelancong asing ke Langkawi sebagai projek rintis mulai 15 November lalu, tetapi tidak dapat direalisasikan sepenuhnya kerana tiada penerbangan antarabangsa mendarat di Langkawi.
Harap kerajaan dapat contohi SOP dikenakan negara seperti Arab Saudi, Thailand, United Kingdom dan Eropah berkaitan kemasukan pelancong asing yang dilihat lebih mesra.
Manakala United Kingdom pula mengenakan syarat setiap pelancong perlu mengisi borang ‘Passenger Locator’ secara dalam talian sebelum mereka tiba di negara itu, selain pelawat dikehendaki menempah ujian RT-PCR yang dibuat selepas dua hari ketibaan mereka.
Ujian ini dilakukan di tempat penginapan tanpa perlu ke klinik atau ke tempat ujian PCR. Ini sangat memudahkan pelancong mereka.
Selain itu, kerajaan juga perlu membenarkan pengembara secara persendirian (Free Independent Travelers) untuk masuk ke negara ini dan bukan hanya kepada pengembara secara berkumpulan. Keadaan telah berubah, apabila pelancong memilih mengembara secara persendirian atau bersama keluarga yang menjadi trend masa kini.
Sumber : BH