Input your search keywords and press Enter.

Waspada Wabak COVID-19

Kadar kemasukan ke hospital akibat COVID-19 di negara ini, didapati meningkat dengan kebanyakan kes membabitkan warga emas dan mereka yang mempunyai komorbid.

Golongan itu dijangkiti kontak rapat iaitu ahli keluarga yang membawa balik virus SARS-CoV2 ke rumah – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

Justeru, pakai pelitup muka dan elak tempat yang sesak dan dapatkan dos penggalak bila diberi temujanji.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, purata kemasukan kes hospital dalam tempoh tujuh hari lalu adalah 1,200 kes, dengan kadar penggunaan katil sebanyak 67 peratus.

Lima negeri menunjukkan trend peningkatan kes kemasukan ke hospital, dengan yang tertinggi dilaporkan di Labuan iaitu sebanyak 200 peratus, dengan purata tiga kes dalam tempoh tujuh hari lalu dan 74 peratus kadar penggunaan katil di hospital.

Ia diikuti Pulau Pinang, dengan trend peningkatan 28 peratus, membabitkan purata 32 kes dalam tempoh tujuh hari lalu dan 60 peratus kadar penggunaan katil.

Kelantan mencatatkan peningkatan kes sebanyak 12 peratus, dengan purata 115 kes dan 83 peratus penggunaan katil hospital, manakala Pahang, sebanyak lapan peratus, dengan purata 43 kes dan 62 peratus penggunaan katil.

Peningkatan kemasukan ke hospital turut dicatatkan di Johor iaitu sebanyak enam peratus, dengan purata 203 kes kemasukan ke hospital dalam tempoh tujuh hari lalu dan penggunaan katil sebanyak 74 peratus peratus.

Sumber : BH