Input your search keywords and press Enter.

Mangsa Banjir Kedah Kekal 95 Orang

Mangsa banjir di negeri Kedah masih kekal 95 orang daripada 26 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah setakat jam 8 pagi hari ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff, berkata PPS Sekolah Kebangsaan Gunung di daerah Kota Setar setakat ini masih mencatatkan bilangan seramai 42 mangsa daripada 15 keluarga.

2 PPS di daerah Kubang Pasu pula masih tidak berubah iaitu seramai 53 mangsa daripada 12 keluarga.

PPS Dewan Kampung Lahar di daerah Kubang Pasu masih kekal menempatkan seramai 22 mangsa daripada empat keluarga.

PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang pula menempatkan 31 mangsa daripada tujuh keluarga.