Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Mohd Fareez Omar, yang terselamat dalam nahas pesawat Hawk 108 dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ), Pulau Pinang.
Keadaan Mohd Fareez bertambah baik, namun perlu dipantau pasukan perubatan dari semasa ke semasa berikutan kecederaan teruk pada tulang belakang.
Sama ada bila Mohd Fareez akan dibenarkan keluar hospital kita tidak boleh tentukan lagi kerana perlu pantau keadaannya selepas cedera teruk akibat nahas itu.
Sama-sama kita doakan agar Mejar Mohd Fareez cepat sembuh seperti sedia kala.