Input your search keywords and press Enter.

86.6% Remaja Lengkap Vaksinasi

M Update, 8/12/2021 – 86.6% populasi remaja iaitu seramai 2,726,684 di negara ini sudah lengkap divaksinasi sehingga jam 11.59 malam tadi.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang dimulakan pada Ogos lalu menyasarkan 3.2 juta remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun menerima vaksin COVID-19.

Sekurang-kurangnya seramai 2,833,870 atau 90 peratus individu kumpulan usia terbabit menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Ia menjadikan keseluruhan dos yang diberikan sebanyak 5,560,554 dengan semalam mencatatkan pertambahan 1,627 orang menerima suntikan vaksin mereka.