Input your search keywords and press Enter.

97.2% Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi

PUTRAJAYA, 1 Mac — Vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech yang disuntik menggunakan picagari khas ‘Low Dead Volume’ (LDV) kepada salah seorang anggota barisan. Kerajaan telah mewujudkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan bagi mengelakkan isu ‘potong barisan’ untuk program vaksinasi Covid-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

M Update, 10/12/2021 – Sebanyak 97.2 peratus atau 22,752,434 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Sejumlah 98.6 peratus atau 23,071,502 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,615,414 dos.