Input your search keywords and press Enter.

Jangan Panik Hanya Latihan Tembakan – PASKAL

M Update, 13/12/2021 – Pusat Latihan Pasukan Khas Laut (PASKAL) akan melaksanakan latihan praktikal menyelamat tebusan bagi kursus tempur jarak dekat di sekitar simpang empat Bukit Permata, Jalan Teluk Muruh,Perak, Jumaat ini.

Latihan itu akan diadakan bermula pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Orang awam dinasihati agar tidak cemas dan tidak mendekati kawasan latihan serta menyebarkan sebarang spekulasi kerana ia merupakan siri latihan sahaja