Input your search keywords and press Enter.

#PRNSarawak – Sana Rancak, Sini Rancak SOP Jangan Lupa

M Update, 13/12/2021 – Hanya tinggal lagi lima hari sahaja lagi tempoh berkempen bagi PRN Sarawak yang menyaksikan semua calon yang bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di wilayah utara Sarawak semakin rancak dengan kelebihan memihak kepada ceramah secara fizikal.

Wilayah utara Sarawak merangkumi bahagian Miri, Bintulu dan Limbang dengan 14 daripada 18 DUN di kawasan itu yang tersenarai dalam kumpulan 64 DUN dibenar melaksanakan aktiviti ceramah secara bersemuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan tahap liputan Internet rendah.

Jentera kempen parti masing-masing semakin aktif turun padang termasuk mengagihkan risalah maklumat calon kepada pengundi, kempen siar raya menggunakan pembesar suara selain pemasangan bendera, poster dan sepanduk calon.

Selain itu, terdapat parti politik yang menggunakan trak bergerak sebagai medium berkempen dan menghebahkan tawaran manifesto mereka kepada masyarakat setempat.

Secara keseluruhannya, sebanyak 349 calon bertanding pada PRN Sarawak ke-12 yang menyaksikan sejumlah 1,252,01 pengundi berdaftar memilih wakil rakyat masing-masing untuk membentuk kerajaan negeri.