Input your search keywords and press Enter.

Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia – 233 Orang Ditawarkan Kerja

M Update, 13/12/2021 – Tahniah kepada semua pencari kerja yang telah menyertai Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 9 hingga 12 Disember 2021.

Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia ini berjaya menawarkan pekerjaan kepada 233 individu manakala 1,259 orang lagi, layak ke proses temu duga peringkat kedua.

Sepanjang karnival tiga hari ini, seramai 6,500 pencari kerja dari pelbagai golongan termasuk graduan dan Orang Kurang Upaya (OKU) telah mendaftarkan diri – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)

Seramai 75 majikan daripada pelbagai sektor dan industri  yang mengadakan temu duga terbuka secara bersemuka di karnival itu, menawarkan lebih 24,100 jawatan kosong.

Tahniah kepada semua yang telah berja mendapat peluang pekerjaan.