Input your search keywords and press Enter.

Mabuk & Masalah Kewangan – Keganasan Rumah Tangga

M Update, 13/12/2021 – Sejak kebelakangan ini, masalah keganasan rumah tangga semakin menjadi-jadi. Masalah kewangan, masalah peribadi, mabuk dan penceraian antara faktor yang menyebabkan kes keganasan rumah tangga berlaku di Perak sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Mengikut statistik polis, 551 kes keganasan rumah tangga dicatatkan sejak Mac 2020 hingga Oktober lepas manakala 133 kes dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak dalam tempoh yang sama.

Tiga daerah yang mencatatkan berlakunya kes keganasan rumah tangga yang tertinggi ialah Kinta sebanyak 39 kes, Larut, Matang dan Selama (LMS) sebanyak 22 kes dan Manjung dengan 21 kes sebagaimana yang telah dilaporkan kepada JKM bagi 2020 hingga November tahun ini.

Kerajaan negeri melalui JKM menyediakan khidmat nasihat berkaitan keganasan rumah tangga, membantu mendapatkan Perintah Perlindungan, bantuan kaunseling oleh Pegawai Psikiologi dan Kaunselor JKM.