Input your search keywords and press Enter.

Serangan Militan Terhadap Sabah Palsu Semata-mata

M Update, 15/12/2021 – Baru-baru ini kecoh mengenai militan Sulu mahu melakukan serangan ke atas Sabah. Perkara tersebut telah menimbulkan ketakutan dan kegusaran terutamanya rakyat Sabah.

Pihak polis ada mendapat maklumat berhubung perbincangan atau perhimpunan diadakan pemimpin Sulu di selatan Filipina, namun ia bukan berkaitan serangan seperti didakwa, sebaliknya hanya membabitkan isu berkaitan pembangunan ekonomi dan keselamatan setempat.

Orang ramai khususnya penduduk di Sabah dinasihat tidak bimbang dan meneruskan pekerjaan harian seperti biasa kerana dakwaan kononnya Sabah akan diserang militan Sulu tidak benar, ia hanya manipulasi pihak tertentu yang sengaja mahu mencetus kebimbangan orang ramai.