M Update, 28/12/2021 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran tahap Waspada (Kuning) iaitu hujan berterusan akan dialami beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah, sepanjang minggu ini.
Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila ada tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh itu di sesuatu kawasan.
Kepada penduduk yang terlibat di kawasan berkenaan mohon lebih berwaspada.