Input your search keywords and press Enter.

Operasi Hospital Medan ATM Ditutup

M Update, 29/12/2021 – Kesemua 10 hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibuka di beberapa negeri bagi merawat pesakit Covid-19 telah menamatkan operasi masing-masing susulan penurunan jumlah kes jangkitan Covid-19.

Antaranya, hospital medan di negeri Pulau Pinang iaitu di pekarangan Hospital Pulau Pinang (HPP) dan unit rawatan rapi (ICU) hospital medan ATM Kepala Batas di Seberang Perai dekat sini ditutup secara rasminya pada hari ini.

Kedua-duanya adalah hospital medan terakhir yang ditutup operasinya setelah angka kes Covid-19 menurun dengan ketara. ATM bersedia untuk membuka kembali operasi hospital berkenaan sekiranya terdapat keperluan berbuat demikian pada masa akan datang.