M Update, 3/1/2022 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah menggerakkan 196 anggotanya termasuk 12 pegawai menerusi Operasi Murni (Ops Murni) ke beberapa daerah di Johor yang kini berhadapan bencana banjir.
ATM yang telah dalam keadaan bersiap siaga sebelum ini sudah mula diatur gerak ke daerah Tangkak, Segamat, Kota Tinggi, Kluang dan Mersing.
Sebanyak 31 aset ATM turut diatur gerak ke semua daerah itu membabitkan tujuh bot dan enjin bot, satu trak tujuh tan, 14 trak tiga tan serta dua trak satu tan.
Keutamaan di pihak ATM adalah memindahkan mangsa-mangsa banjir ke kawasan selamat khususnya pusat pemindahan sementara (PPS), mempercepatkan penghantaran makanan dan barang keperluan ke PPS.