Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
Kes Covid-19 Dijangka Meningkat Ketika Thaipusam, Tahun Baharu Cina - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

Kes Covid-19 Dijangka Meningkat Ketika Thaipusam, Tahun Baharu Cina

M Update, 17/01/2022 – Jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia berisiko kembali meningkat menjelang dua sambutan perayaan utama hujung bulan ini dan awal bulan depan, jika orang ramai mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) kawalan pandemik itu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kes harian berkemungkinan meningkat menjelang Thaipusam, esok serta Tahun Baharu Cina pada 1 Februari depan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk kekal mematuhi SOP, khususnya pemakaian pelitup mula, selain terus mengamalkan TRIIS (ujian saringan, melaporkan hasil ujian saringan, menjalani kuarantin, memaklumkan pada kontak rapat jika positif dan mendapatkan rawatan segera).

Orang ramai disaran mengaktifkan fungsi MySejahtera Trace di kawasan tumpuan awam bagi membolehkan pengesanan kontkt rapat kes positif secara lebih berkesan, selain mendapatkan dos penggalak.

“Menjelang sambutan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina, jumlah kes harian mungkin meningkat.

Jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia berisiko kembali meningkat menjelang dua sambutan perayaan utama hujung bulan ini dan awal bulan depan, jika orang ramai mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) kawalan pandemik itu.

“Jadi, sila kekalkan pematuhan SOP (khususnya pelitup muka), TRIIS, membuka MySejahtera Trace di kawasan orang ramai dan dapatkan dos penggalak,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan rakyat Malaysia dilihat berjaya memastikan penularan Covid-19 kekal terkawal selepas dua sambutan besar sebelum ini, iaitu Krismas pada 25 Disember lalu dan Tahun Baharu pada 1 Januari, meskipun negara diancam varian Omicron.

Dalam tempoh itu, jumlah kes harian kekal stabil antara 2,600 hingga 3,700 kes, meskipun kadar kebolehjangkitan Covid-19 meningkat kepada 1.0.

Sehubungan itu, Khairy berharap perkara itu dapat dikekalkan sepanjang sambutan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina.

“Kita sudah lakukan dengan baik dalam memastikan jangkitan Covid-19 kekal terkawal sepanjang Krismas dan Tahun Baharu meskipun berdepan Omicron,” katanya. – HM Online