Input your search keywords and press Enter.

Lepas Jadi ‘Jenazah’, Kini Khidmat Sosial Pula

M Update, 17/01/2022 – Sebelum ini media melaporkan seorang remaja yang tular selepas dimandikan seperti jenazah, dipenjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana cuba mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang.

Hari ini, mahkamah mengenepikan hukuman tersebut dan menggantikan hukuman itu kepada khidmat masyarakat selama 120 jam bagi tempoh enam bulan terhadap DanielĀ Iskandar, 19.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Daniel dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.