Input your search keywords and press Enter.

Senator Idris Ahmad Kini Bergelar Datuk

M Update, 09/02/2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Idris Ahmad dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah 2022.

Pengurniaan tersebut telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkongsian mengenainya telah dimuat naik oleh Parti Pas menerusi Facebook rasminya, dan turut merakam ucapan tahniah buat Idris yang juga merupakan Naib Presiden Pas atas pengurniaan Darjah Kebesaran (PMW) tersebut.

“Semoga Senator Datuk Idris Ahmad terus teguh dan dipermudahkan segala urusan dalam berbakti kepada agama, bangsa dan negara,” – Pas.