Input your search keywords and press Enter.

SOP Baharu Umrah Wajibkan Dos Penggalak

M Update, 09/02/2022 – Kerajaan menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu bagi aktiviti umrah bermula 14 Februari ini.

SOP itu termasuk individu bertanggungjawab dari ejen pelancongan perlu memantau kepatuhan jemaah umrah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik ke Malaysia dan semasa di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia

Beliau berkata, selain itu, individu terbabit perlu turut serta dengan jemaah sekiranya melebihi 40 orang atau disediakan bagi setiap tempoh itu untuk jumlah jemaah kurang dari 40 orang. Selain itu, dos penggalak diwajibkan dan jemaah dibenarkan menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman tanpa memohon kelulusan Home Quarantine Application (HQA). Tetapi jemaah dibenarkan menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung sendiri.

Beliau berkata, kebenaran untuk rakyat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah yang ditangguhkan sebelum ini dibenarkan semula, bermula semalam.

Kerajaan tahu bahawa ada jemaah berangkat ke Tanah Suci hari ini. Oleh itu, untuk jemaah umrah yang akan ke Arab Saudi hari ini sehingga 13 Februari, mereka terikat dengan SOP sedia ada. Bagaimanapun, apabila mereka pulang semula ke tanah air kelak, mereka diwajibkan mematuhi SOP baharu yang dikuatkuasakan,” katanya. – Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Kuartet bagi pihak kerajaan ingin mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci dan selamat menunaikan umrah kepada semua jemaah terbabit.