Input your search keywords and press Enter.

Agong Minta Rakyat Ambil Vaksin, Dos Penggalak

M Update, 08/02/2022 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta rakyat yang belum mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya berbuat demikian.

Baginda bertitah, ia termasuk mendapatkan dos penggalak bagi memastikan negara dapat mengawal pandemik COVID-19.

“Negara masih lagi belum bebas daripada pandemik COVID-19, justeru marilah kita bersama-sama mematuhi panduan dan peraturan dalam usaha untuk memerangi COVID-19 yang digariskan kerajaan beta,” titah baginda sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara, di sini, semalam.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu. – Bernama