Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

March 2022

Sentiasa Peka Dengan Amaran Bencana, Nasihat Pihak Berkuasa

M Update, 15/03/2022 – Orang ramai dinasihatkan mengambil berat amaran dikeluarkan pihak berkaitan supaya lebih bersedia menghadapi fasa peralihan monsun yang bermula semalam hingga pertengahan Mei depan, bagi mengurangkan kesan bencana. Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ciri fasa peralihan monsun ialah ribut petir,…

Kurangkan Bergantung Kepada Ujian RT-PCR – Khairy

M Update, 14/03/2022 – Orang ramai perlu mengurangkan kebergantungan terhadap saringan ujian RT-PCR, ketika negara kini berada dalam fasa peralihan menuju endemik. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia berikutan ujian RTK Antigen (RTK-Ag) sudah memadai untuk pengesanan jangkitan COVID-19 dan lebih murah serta mudah didapati di pasaran. Beliau berkata, pakar…

Gaji Minimum Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat

M Update, 14/03/2022 – Pelaksanaan gaji minimum baharu yang dicadangkan sebanyak RM1,500 tidak akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata sebaliknya perkara itu akan diumumkan dalam terdekat memandangkan situasi ekonomi negara ketika ini bertambah baik. Katanya, kebanyakan perniagaan juga dilihat berkembang serta menunjukkan…

Kehilangan Eric: Polis Klasifikasi Sebagai Kes Bunuh

M Update, 14/03/2022 – Kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki, Eric Chang Wei Jie, empat tahun, akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu bunuh, berdasarkan perkembangan siasatan terkini. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Katanya,…

Tanah Runtuh: Identiti 5 Mangsa Dikenal Pasti

M Update, 11/03/2022 – Identiti lima mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 di sini pada Khamis telah dikenal pasti. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, empat mangsa disahkan maut iaitu Chong Siew Kim, 85, E Ramasamy, 58, A Mahendran,…

JAKIM Kini Di Bawah Kuasa Majlis Raja-Raja

M Update, 11/03/2022 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini diletakkan di bawah kuasa dan seliaan Majlis Raja-Raja Melayu. Keputusan itu dibuat hasil pertemuan membabitkan Raja-raja Melayu dan jabatan berkenaan pada Khamis. Memetik laporan The Star, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Pengerusi Majlis…

Suami Boleh Teman Isteri Bersalin Di Hospital Tertaluk Kepada Syarat, Situasi Covid-19

M Update, 10/03/2022 – Kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri atau ibu hamil semasa proses kelahiran anak di wad bersalin hospital Kementerian Kesihatan (KKM) sudah berkuat kuasa sejak Oktober 2021. Bagaimanapun, KKM menerusi perkongsian dalam laman Facebook rasminya, memaklumkan kebenaran itu tertakluk kepada syarat tertentu dan pematuhan ketat…

Ibu Rayu Bantu Cari Eric Hilang

M Update, 10/03/2022 – Seorang ibu memohon bantuan orang ramai bagi mencari anak lelakinya, Eric Chang Wie Jie, berusia empat tahun yang dilaporkan hilang, Isnin lalu. Ibunya, Dynasty Chang Ka Hui, 25, sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bintawa mengenai kehilangan anak lelakinya itu pada hari sama. Dynasty berkata,…

Penerima Pertama Jantung Babi Meninggal Dunia

M Update, 10/03/2022 – Pesakit lelaki di Amerika Syarikat yang menerima pemindahan jantung babi meninggal dunia dua bulan selepas menjalani pembedahan itu. David Bennet, 57, yang menerima jantung babi diubah suai secara genetik kerana menghidap penyakit jantung, meninggal dunia kelmarin, selepas menjalani pembedahan pada 7 Januari lalu. Mangsa meninggal dunia…

Majikan Wajib Benarkan Wanita Kematian Suami Bekerja Dari Rumah (BDR)

M Update, 09/03/2022 – Bagi memastikan wanita Malaysia terus diperkasa, kerajaan semalam mengumumkan enam inisiatif antaranya wanita yang kematian suami dibenarkan Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam tempoh bersesuaian. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata memahami kesedihan dan bebanan yang ditanggung oleh wanita yang kematian suami, ketua jabatan dan…