Input your search keywords and press Enter.

Sijil Vaksin COVID-19 Malaysia Diiktiraf Di Eropah

M Update, 05/04/2022 – Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia yang disifatkan menepati Sistem Pengurusan Vaksin kesatuan berkenaan.

Perkara berkenaan dinyatakan Presiden Suruhanjaya EU, Ursula Von Der Leyen menerusi kenyataan hasil Keputusan Pelaksanaan Suruhanjaya bertarikh 1 April 2022.

Menerusi keputusan itu, sijil vaksinasi atau MySejahtera dan ujian COVID-19 yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah selaras dengan Sistem Pengurusan Vaksin, sekali gus memudahkan kebebasan pergerakan dalam negara EU.

Kenyataan itu menyebut, Malaysia juga perlu dihubungkan dengan kerangka Sijil COVID-19 Digital EU yang diwujudkan mengikut Peraturan (EU) 2021/953.

“Pada 10 Mac 2022, berikutan permohonan Malaysia, suruhanjaya ini menjalankan ujian teknikal yang menunjukkan bahawa sijil vaksinasi dan ujian yang dikeluarkan Malaysia adalah mengikut Sistem Pengurusan Vaksin .

Malah, ia beroperasi dengan framework (kerangka) yang ditetapkan oleh Peraturan (EU) 2021/953 yang mengesahkan ketulenan, kesahihan serta integriti sijil. Justeru, suruhanjaya ini mengesahkan bahawa sijil vaksinasi dan ujian COVID-19 dikeluarkan Malaysia, mengikut Sistem Pengurusan Vaksin dan mengandungi data yang diperlukan,” katanya. – BH