Input your search keywords and press Enter.

362 Tahanan PATI Larikan Diri Ditahan Semula

M Update, 20/04/2022 – Seramai 362 tahanan daripada 528 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang, 4.30 pagi tadi, ditahan semula, setakat 10 pagi, hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, gerakan mencari baki tahanan lain sedang giat dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang ramai.

Katanya, mereka melarikan diri selepas memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang.

Menurutnya, pegawai bertugas mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) dengan menghubungi polis dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan tahanan yang lari ini diminta memaklumkan kepada pihak JIM dan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. – HM