Input your search keywords and press Enter.

Pahang Umum 1 Ogos 2022 Hari Kelepasan Am

M Update, 16/06/2022 – Kerajaan Pahang mengumumkan 1 Ogos depan sebagai hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Sri Dr Salehuddin Ishak, berkata keputusan itu bagi menjunjung titah perintah baginda.

“Dengan ini dimaklumkan Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur sempena Hari Keputeraan baginda ditetapkan pada 1 Ogos 2022 (Isnin).

“Berdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Pihak Berkuasa Negeri menetapkan 1 Ogos 2022 sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur bagi 2022 sahaja,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Berita Harian